Sunday, October 13, 2013

~BiSKuT CoKLaT CHiPs RaNguP~

Setiap tahun mmg saya akan buat biskut raya... ade jgk yg beli.. tp rasa lebih berpuas hati kalau saya buat sendiri.. ikut mane yg anak2 suka & mudah nk buatnye.. tahun ni try buat biskut coklat chips... selalunye saya beli je dari isteri bos saya.. tp kali ni rasa nak buat sendiri sbb selalunya mmg x cukup la kalau yg beli tu... so, awal2 puasa dah try buat.. bkn ape, kalau x jadi, blh le try resepi lain kan? tp alhamdulillah, menjadi jgk akhirnya... dh nak dekat raya tu buat 1 adunan lg.. mklm le, nak bwk blk kt rmh mak & mak mertua skali... xkan nak blk kampung bawa diri je kan?
Resepi ni mmg sedap & rangup... cuba tau, jgn x cuba...

Biskut Coklat Chips Rangup

Bahan-bahan :
250 gm mentega
150 gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
280 gm (2 1/4 cwn) tepung gandum (ayak)
10 gm (3 sudu besar) serbuk koko (ayak)
2 sudu besar tepung jagung (ayak)
1/2 sudu besar soda bikarbonat (ayak)
2 sudu besar susu tepung (ayak)
secubit garam
100 gm coklat chips
100 gm badam cincang (bakar)

Cara-cara :
Pukul mentega, gula kaster dan esen vanila sehingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul rata.
Masukkan bahan-bahan yg telah diayak beserta garam. Kacau sebati.
Masukkan coklat chips dan badam. Kacau.
Sudukan adunan ke dalam dulang pembakar yg dialas kertas minyak. 
(jangan letak rapat2 ye, sebab ia akan mengembang dan meleper sewaktu proses pembakaran.
Bakar pada suhu 160 C selama 15-20 minit menggunakan api atas & bawah ( bergantung kpd saiz).
Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.



## ~ SeLaMaT MeNCuBa ~ ## 


~KeK GuLa HaNGus~

Masa kecik2 dulu, selalu tgk mak buat kek gula hangus ni... mmg sedap.. oleh sebab x pnh mntk resepi kat mak, saya pun cari2 la kat dlm internet.. seperti biasa, semuanya di hujung jari... first time buat, mmg habis kat rumah je la.. maklum le, org baru belajar... segan la nak bagi kt org lain rase..
tp bl dh byk kali buat, confident la nak bg org lain rase... ade gak bwk g kat ofis.. hmmm, x sangka plk la deme pun nak resepi ni... mmg sedap la kot ye? hihihi... xpe, berkongsi ilmu ni mmg baik.. macam saya kongsi resepi kat blog ni la kan? eh eh eh, byk plk celotehnya.. ok, check it out...

Kek Gula Hangus

Bahan-bahan utk gula hangus :
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sudu besar mentega

Cara-cara :
Gula digoreng dgn api sederhana.
Bila gula dah agak cair, masukkan air panas. (hati2 tau.. meletop2)
Masak hingga gula betul2 larut.
kemudian masukkan mentega. Kacau hingga cair.
Tutup api dan ketepikan.

Bahan-bahan utk kek :
4 biji telur
1 cwn susu pekat manis
1 cwn tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :
Pukul telur hingga kembang
Masukkan susu pekat manis dan pukul rata.
Masukkan tepung dan soda bikarbonat sedikit demi sedikit (diayak terlebih dahulu).
Masukkan esen vanila.
Masukkan gula hangus tadi dan kacau sebati.
 Perap adunan selama 3-4 jam (bertutup) utk mendapatkan sarang yg cantik
Tuangkan adunan ke dalam loyang yg sesuai.
Bakar selama 1 jam pd suhu 160 C dgn api bawah shj. 10 minit terakhir tu, guna api atas dan bawah.



## ~ SeLaMaT MeNCuBa ~ ##

~KeK BaTiK~

Kek batik.. hmmm... dah selalu sgt buatnye tp x pernah nak upload kt blog... bukannye selalu sgt dok ngadap blog ni... xde masa... 
nak2 plk kalau satu2nye puteri kami tu x tido... confirm berebut mouse ngan dia.. sabor je la... 
kat sini saya sertakan resepi kek batik yg selalu buat... ni la resepi kek batik yg paling mudah yg saya pernah buat..first buat kek batik, saya guna resepi yg memerlukan byk bahan... so saya try guna resepi yg ni... mmg mudah & sedap.. x percaya? cubalah...


Kek Batik

Bahan-bahan :
1 paket biskut marie
1 cwn mentega
1 cwn milo
1/2 cwn gula
2 biji telur
1 cwn air

Cara-cara :
Pukul telur dan mentega sehingga kembang
Sementara menunggu mentega kembang, masak milo, gula bersama air sehingga hancur. 
(saya gunakan kuali supaya senang nk kacau)
Kemudian, campurkan mentega yg sudah dipukul tadi ke dlm kuali.
Pecahkan biskut Marie dan masukkan ke dalam kuali.
Padamkan api dan kacau sebati.
Masukkan ke dalam loyang yg telah disapukan mentega.
Tekan dan padatkan adunan.
Biarkan sejuk. Letakkan di dlm peti sejuk. 
Sedia utk dihidang.



## ~ SeLaMaT MeNCuBa ~ ##


~PuDiNg JaGuNg~

Beberapa hari lepas, tetiba je en.suami request nak makan puding jagung... hmm, saya mmg x mkn puding jagung... tp oleh kerana x nak menghampakan en.suami, saya pun search resepi ni kat internet... zaman dah berubah kan? semuanya hanya di hujung jari... ewah ewah..
bila dah dapat resepi tu, nak la kena cari bahan pulak...semuanya ada kecuali jagung tin... so, nak x nak kena la tunggu... 
bila semua bahan dah lengkap, baru la blh buat.. percubaan pertama ni... so pepaham je la ye... hehehe... 


Puding Jagung

Bahan-bahan:
1 cwn tepung kastad
1 cwn jagung dlm tin
1/2 cwn gula
3 cwn air
1 1/2 cwn susu cair
sedikit esen vanila

Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali. 
Masak hingga likat & berkilat.
Angkat & letak di dalam bekas yg bersesuaian.
Kemudian, letak di dalam peti sejuk.



## ~ SeLaMaT MeNCuBa ~ ## 

~kEk kUkUs pElAngI~

Assalammualaikum... 
Dah lama sangat rasanye tak update blog... bukannya takde resepi yg try buat... cuma takde masa nak ngadap komputer ni... sampaikan id & password pun blh lupa.. hihihi.. jenuh dok pikir... Alhamdulillah, ade gak jalan penyelesaian.. Actually, kali ni nak masukkan resepi yg try buat mgu lps... mmg dah lama nak try buat kek kukus ni... asyik dok buat kek coklat kukus je.. dah boring le plk kan? saya try google resepi ni... terima kasih sgt2 kpd blogger yg kongsi resepi ni.. lupa la plk apa nama blog tu...first time cuba ni, tp menjadi jgk... walaupun rupa x berapa nak menarik sgt, tp yg penting suami & anak2 suka makan... sempat jgk le bagi kat jiran merasa... kalau sape2 nak try buat, blh la ambik resepi ni... kalau nak lagi menarik tertarik, buat le banyak warna.. oleh kerana kat rumah ni, xde banyak pewarna, so guna yang mane ade je la...


            

KEK KUKUS PELANGI


Bahan-Bahan
1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar koko
1 sudu kecil vanila
Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga

Cara-cara :
 Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.  
Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. 
Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak. 

Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu
segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.



## ~ SeLaMaT MeNCuBa ~ ##

Friday, October 11, 2013

~pUdIng rOtI pElAngI~




menarik x? hmmm... mmg mgu lps saya buat resepi yg bertemakan warna-warni... nak tarik perhatian anak2 utk makan, kena la buat yg colourful kan? resepi ni saya dapat dari rakan sekerja + rakan seperjalanan saya ke tmpt kerja...terima kasih byk2 ye kat k.Maz... dah byk kali try buat ni, tp kali ni baru nak update resepi ni kt blog...

Bahan-bahan :
1 paket agar-agar
2 biji telur
1 tin susu cair
sedikit susu pekat (ikut manis)
3 keping roti
3 sudu gula (ikut manis)
2 sudu oren sunquick
2 pewarna (merah & hijau)
2 titik esen vanila

Cara-cara :
Masak agar-agar. Kemudian tapis dan masukkan gula. kacau sebati.
Setelah itu, kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat hingga sebati.
Tuangkan ke dalam periuk dan masak dengan api yg perlahan
Masukkan oren sunquick dan esen vanila. biar masak seketika.
Seterusnya, angkat dan tuangkan ke dalam loyang.
Asingkan adunan tadi ke dalam 2 cawan. Masukkan pewarna hijau dan merah.
kemudian, tuangkan adunan warna hijau & merah ke dalam adunan loyang secara berselang-seli.



## ~ SeLaMaT MeNCuBa ~ ##     
  



Monday, July 16, 2012

~ Kek Coklat Kukus ~

 Assalammualaikum...

Akhirnya, berjaya juga saya mencipta blog sendiri walaupun mengambil masa yg agak lama... Bila dh ada blog sendiri, seronok kalau dpt kongsi resepi2 yg pernah saya cuba... Dan resepi pertama yg saya ingin kongsi, tentulah KEK COKLAT KUKUS... It's my favourite...



Yg ni saya kukus dlm loyang... Walaupun korang semua tengok coklat tu mcm x menarik je, tp bila dh masuk dlm mulut, hmmm... marvellous...



Oleh sbb loyang yg saya guna tu kecik la sgt, so yg selebihnya saya guna acuan agar2... yg ni mmg nmpk menarik sbb saya tabur colourful rice & cip coklat... nak cuba???


Kek coklat kukus

Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang


Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila


Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak masak
200 mi air panas


Topping
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
50 gram mentega


Cara-cara :
Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang.
Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana.
Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
Hiaskan dengan topping coklat (yg tlh dimasak dgn api perlahan).




## ~ SeLaMaT MeNCuBa ~ ##