Assalammualaikum...
Dah lama sangat rasanye tak update blog... bukannya takde resepi yg try buat... cuma takde masa nak ngadap komputer ni... sampaikan id & password pun blh lupa.. hihihi.. jenuh dok pikir... Alhamdulillah, ade gak jalan penyelesaian.. Actually, kali ni nak masukkan resepi yg try buat mgu lps... mmg dah lama nak try buat kek kukus ni... asyik dok buat kek coklat kukus je.. dah boring le plk kan? saya try google resepi ni... terima kasih sgt2 kpd blogger yg kongsi resepi ni.. lupa la plk apa nama blog tu...first time cuba ni, tp menjadi jgk... walaupun rupa x berapa nak menarik sgt, tp yg penting suami & anak2 suka makan... sempat jgk le bagi kat jiran merasa... kalau sape2 nak try buat, blh la ambik resepi ni... kalau nak lagi menarik tertarik, buat le banyak warna.. oleh kerana kat rumah ni, xde banyak pewarna, so guna yang mane ade je la...
KEK KUKUS
PELANGI
Bahan-Bahan
1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar koko
1 sudu kecil vanila
Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara-cara :
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan
telur satu persatu dan pukul sebati.
Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila.
Kacau
rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan
berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium)
yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis
minyak.
Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar
susu
segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil,
masa mengukus lebih pendek.
## ~ SeLaMaT MeNCuBa ~ ##
## ~ SeLaMaT MeNCuBa ~ ##

No comments:
Post a Comment