Beberapa hari lepas, tetiba je en.suami request nak makan puding jagung... hmm, saya mmg x mkn puding jagung... tp oleh kerana x nak menghampakan en.suami, saya pun search resepi ni kat internet... zaman dah berubah kan? semuanya hanya di hujung jari... ewah ewah..
bila dah dapat resepi tu, nak la kena cari bahan pulak...semuanya ada kecuali jagung tin... so, nak x nak kena la tunggu...
bila semua bahan dah lengkap, baru la blh buat.. percubaan pertama ni... so pepaham je la ye... hehehe...
Puding Jagung
Bahan-bahan:
1 cwn tepung kastad
1 cwn jagung dlm tin
1/2 cwn gula
3 cwn air
1 1/2 cwn susu cair
sedikit esen vanila
Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali.
Masak hingga likat & berkilat.
Angkat & letak di dalam bekas yg bersesuaian.
Kemudian, letak di dalam peti sejuk.
## ~ SeLaMaT MeNCuBa ~ ##
## ~ SeLaMaT MeNCuBa ~ ##
No comments:
Post a Comment