Monday, July 16, 2012

~ Kek Coklat Kukus ~

 Assalammualaikum...

Akhirnya, berjaya juga saya mencipta blog sendiri walaupun mengambil masa yg agak lama... Bila dh ada blog sendiri, seronok kalau dpt kongsi resepi2 yg pernah saya cuba... Dan resepi pertama yg saya ingin kongsi, tentulah KEK COKLAT KUKUS... It's my favourite...



Yg ni saya kukus dlm loyang... Walaupun korang semua tengok coklat tu mcm x menarik je, tp bila dh masuk dlm mulut, hmmm... marvellous...



Oleh sbb loyang yg saya guna tu kecik la sgt, so yg selebihnya saya guna acuan agar2... yg ni mmg nmpk menarik sbb saya tabur colourful rice & cip coklat... nak cuba???


Kek coklat kukus

Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang


Bahan B
2 biji telur
1 s/k esen vanila


Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak masak
200 mi air panas


Topping
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
50 gram mentega


Cara-cara :
Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata.
Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang.
Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana.
Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
Hiaskan dengan topping coklat (yg tlh dimasak dgn api perlahan).




## ~ SeLaMaT MeNCuBa ~ ##




Saturday, June 30, 2012

**Permata Hati Abah & Mama**



Kehidupan lebih bermakna dengan kehadiran Permata Hati Kami

 Ahmad Idham Najmi - 26 Disember 2002

Tahun 2002

Tahun 2003



Ahmad Ikmal Najmi - 20 Februari 2004
Tahun 2004


Tahun 2005


 Nur Damia Faiqah - 9 Julai 2011

 Tahun 2011

 Tahun 2012